PETALING JAYA – Syarikat semikonduktor global, Infineon Technologies AG (Infineon) mengumumkan pelaburan tambahan berjumlah lima bilion euro (RM30.1 bilion) untuk pembangunan Fasa 2 kilang fabrikasi kuasa silikon karbida 200-milimeter terbesar dunia di Kulim, Kedah.
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia susulan daripada pelaburan awal sebanyak dua bilion euro (RM9.7 bilion) untuk pembangunan Fasa 1 kilang berkenaan.
“Kedua-dua Fasa 1 dan Fasa 2 ini masing-masing akan menjana 900 dan 600 pekerjaan bernilai tinggi di Malaysia.
“Secara keseluruhan, sebanyak 4,000 pekerjaan akan diwujudkan. Bangunan fabrikasi Kulim 3 ini turut menggabungkan kecekapan tenaga dengan amalan yang mampan,” katanya.
Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, Pembangunan kemudahan berkenaan menonjolkan kredibiliti negara yang semakin meningkat sebagai hab serantau untuk teknologi dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: