Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Infinix bukan nama asing lagi di dalam pasaran Malaysia kerana penawaran peranti yang baik pada harga berbaloi. Jadi, Infinix kini berkongsi tarikh untuk pelancara! siri Note terbaharu mereka buat pasaran tempatan.
Artikel Berkaitan:
Infinix menjadualkan pelancaran bakal berlangsung pada 24 Mei kelak dengan dua buah model yang akan diumumkan iaitu Infinix Note 30 dan Infinix Note 30 Pro.

Maklumat berkaitan peranti ini masih terhad memandangkan kedua-dua peranti ini masih belum dirasmikan di mana-mana pasaran buat masa ini. Bagaimanapun, peranti telah disahkan hadir dengan teknologi All-Round FastCharge yang menyokong sistem pengecasan berwayar 68W dan secara wireless 50W.
Dengan ini, Infinix dilihat benar-benar menambah kebolehan pengecasan siri Note kali ini memandangkan siri Note 12 terdahulu yang hanya menyokong pengecasan berwayar 33W tanpa kemampuan pengecasan wireless.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: