Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Inflasi dijangka kekal terkawal antara 1.5 hingga 2.5 peratus

today15 June 2026

Background


PUTRAJAYA – Kadar inflasi negara dijangka kekal terkawal dalam lingkungan 1.5 hingga 2.5 peratus tahun ini meskipun berdepan tekanan akibat ketidaktentuan geopolitik global semasa.

Menteri Ekonomi, Datuk Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, kerajaan akan terus melaksanakan langkah mitigasi bagi memastikan kenaikan harga tidak memberi kesan besar kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, kadar inflasi April lalu berada pada paras 1.9 peratus dan masih dalam lingkungan yang boleh diurus berbanding jangkaan inflasi global sekitar 4.3 peratus.

“Komitmen kita adalah untuk mengekalkan inflasi pada paras yang lebih boleh kita hadapi walaupun tekanan yang berlaku berpunca daripada faktor global seperti bekalan minyak dan peningkatan kos input.

“Unjuran kita bagi tahun ini adalah inflasi berada dalam lingkungan 1.5 hingga 2.5 peratus supaya pergerakannya tidak memberi kesan renjatan kepada keadaan ekonomi dan kehidupan rakyat,” katanya selepas menghadiri…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: NURIN NABILAH MAHMOD


Previous post