
PETALING JAYA – Kadar inflasi di Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Ogos 2026 berbanding 1.8 peratus pada bulan sebelumnya, didorong oleh kumpulan Pengangkutan yang meningkat dua peratus berbanding 1.4 peratus pada Julai 2026.
Jabatan Perangkaan berkata, kumpulan Makanan & Minuman, yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.9 peratus pada Ogos 2026, berbanding 1.8 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya.
“Selain itu, kumpulan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain meningkat 2.1 peratus pada Ogos 2026 berbanding 1.8 peratus pada Julai, didorong oleh subkumpulan Elektrik, gas & bahan api yang meningkat 3.3 peratus berbanding dua peratus pada Julai 2026.
“Peningkatan inflasi subkumpulan Elektrik, gas & bahan api didorong oleh pengemaskinian kadar Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) yang dikenakan ke atas pelanggan domestik di Semenanjung Malaysia bagi penggunaan lebih daripada 600 kilowatt jam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: