Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Inflasi naik kepada 1.4 peratus bulan April

today22 May 2025

Background


PETALING JAYA – Inflasi Malaysia terus meningkat pada kadar perlahan, sebanyak 1.4 peratus pada April 2025,  sama seperti bulan Mac.

Jabatan Perangkaan berkata, peningkatan inflasi pada April didorong oleh peningkatan bagi kumpulan penjagaan perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan, 4.1 peratus (Mac: 3.6 peratus) diikuti oleh pendidikan, 2.3 peratus (Mac: 2.2 peratus) dan perumahan, air, elektrik, g dan bahan api lain, dua peratus (Mac: 1.9 peratus).

Kumpulan makanan dan minuman, yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna meningkat 2.3 peratus pada April (Mac 2025: 2.5 peratus). 

Subkumpulan utama makanan di rumah meningkat 0.5 peratus berbanding 0.6 peratus pada bulan sebelumnya.

Penurunan kelas perbelanjaan sayur-sayuran; susu, produk tenusu lain dan telur; buah-buahan dan kacang; bijirin dan produk bijirin serta daging turut menyumbang kepada peningkatan perlahan kumpulan makanan dan minuman pada April 2025.    

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post