Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Influencer’ Dakwa Ada Restoran Mamak Guna Kencing Toyol, PRESMA Buat Laporan Polis

today14 January 2024

Background
'Influencer' Dakwa Ada Restoran Mamak Guna Kencing Toyol, PRESMA Buat Laporan Polis


Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) membuat laporan polis selepas timbul dakwaan segelintir restoran mamak membungkus nasi menggunakan seluar dalam dan kencing toyol sebagai ramuan masakan kari.

Presiden PRESMA, Datuk Jawahar Ali Taib Khan menyifatkan dakwaan dibuat influencer di TikTok itu sebagai tohmahan yang tidak masuk akal dan berniat jahat, lapor Harian Metro.

Artikel Berkaitan:

“Kami tidak tahu apa tujuan dia. Bagi saya ini satu tohmahan yang melampau dan kami akan susuli dengan tindakan mahkamah walaupun dia padam (video), tiada ruang untuk kami tarik balik laporan polis.

“Kita tidak akan berdamai dengan dia kerana fitnah yang dilakukan itu terlalu mengaibkan dan kita mahu jadikan kes ini sebagai pengajaran kepada semua blogger atau influencer TikTok,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Memetik laporan, Jawahar menyatakan hampir 100 laporan polis sudah dibuat oleh ahli PRESMA di seluruh Malaysia dan beliau menjangkakan lebih ramai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post