Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Satu laporan melaporkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mula memantau platform media sosial dan e-dagang milik pempengaruh (influencer) serta usahawan digital setiap hari untuk mengesan dan memastikan golongan terbabit tidak ‘lari’ daripada membayar cukai.
Artikel Berkaitan:
Pemantauan itu dibuat menerusi Seksyen Audit Ekonomi Digital, unit khas yang ditubuhkan baru-baru ini khusus untuk memantau aktiviti influencer dan usahawan digital yang didakwa hidup mewah tetapi tidak membayar cukai.
Antara golongan yang dipantau agensi pengutip cukai itu adalah aktiviti perniagaan pengasas produk kosmetik, peniaga mata wang asing, mata wang kripto, emas, influencer, Tiktoker, Instafamous, YouTuber dan pekerja ekonomi gig.
Kerajaan berpotensi kehilangan sehingga RM2 bilion setiap tahun berikutan masih ada influencer dan usahawan digital yang culas membayar cukai pendapatan meskipun meraih pendapatan lumayan menerusi platform maya, petik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
