Seorang pemengaruh media sosial yang sebelum ini tular kerana tidak diangkat menjadi pemenang dalam salah satu acara Anugerah Perdana Belia Negara 2023 didakwa telah mengambil karya orang tanpa izin.
Dalam sebuah video yang disiarkan oleh @khairul_afsan di laman TikTok miliknya, di bawah tajuk “karya aku ‘diciduk’ influencer terkenal”, beliau mendakwa pemengaruh media sosial iaitu Zhiddin Aziz telah mengambil teks ucapannya.
Artikel Berkaitan:
“Sewaktu saya menjadi jurulatih pada 2011, teks ini adalah karangan saya bersama dengan saudara Amiruddin yang merupakan juara dunia ketika itu. Saudara, saudara adalah orang yang dikenali, disanjung sana sini. Lain kali, ciptalah sesuatu yang asli kerana ia adalah yang tersendiri,” katanya.
Nohhhhhhh, habis drama APBN2023, kantoi bab lain pulak. Influencer terkenal cilok karya orang lain tanpa kredit.
Kalau baca komen, lagi kau geleng kepala. Masih ada yang nak bekap? Berbanggalah wak lu! Hak cipta ni mungkin ramai yang tak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
