Site icon Kool FM

‘Influencer’ Permotoran Antara 8 Ditahan Reman

Tutup Jalan Dan Berlumba Di Linkedua: 'Influencer' Permotoran Antara 8 Ditahan Reman


Seorang pempengaruh (influencer) arena permotoran merupakan antara lapan individu yang ditahan dan kini direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan berhubung insiden penutupan jalan bagi kegiatan lumba haram di Lebuhraya Linkedua, Sabtu lalu.

Perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah itu dikeluarkan oleh Majistret R. Salini di Mahkamah Kulai bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, petik Harian Metro.

Terdahulu, kesemua suspek yang berusia antara 26 hingga 45 tahun tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi dengan menaiki trak polis.

Bagi mengelakkan wajah mereka dirakam pihak media, kesemua individu berkenaan dilihat memakai pelitup muka manakala dua daripadanya bertindak menutup kepala dengan baju ‘hoodie‘.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, tangkapan dilakukan susulan tindakan pantas sepasukan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version