Seorang lelaki telah menarik perhatian ramai apabila membeli hidangan nasi kandar dengan harga RM300 di Pulau Pinang.
Kisah ini dikongsikan oleh pengendali Facebook Nasi Kandar Sulaiman (NKS) pada pagi Rabu, yang menyatakan bahawa pelanggan tersebut adalah seorang pencipta kandungan popular dari Singapura.
Lelaki yang dimaksudkan ialah Zermatt Neo, seorang influencer TikTok yang terkenal dengan video makan.
Menurut pengendali Facebook NKS, Zermatt telah memecahkan rekod dengan membeli nasi kandar berharga RM300 untuk dirinya sendiri, menjadikannya jumlah paling tinggi dalam sejarah NKS.
“RM300. Pecah rekod. All time biggest ever record. Seorang makan. Orang Singapura. Dia memang seorang influencer TikTok buat video makan banyak-banyak. Siap bawa talam lagi.
“Nama TikTok dia Zermatt Neo. Kali ini dia datang NKS makan nasi kandar sampai RM300. Rekod paling tinggi dalam sejarah NKS. Kami tak panggil dia, dia sendiri yang datang makan,” kata…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: