Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Info Siaran Langsung Futsal Malaysia Lawan Indonesia

today13 October 2024

Background
Futsal Malaysia


Kehangatan aksi persahabatan skuad futsal Malaysia bertemu Indonesia semakin dirasakan dengan kedua-dua pasukan akan turun ke gelanggang pada jam 8.00 malam ini (waktu tanah air).

Kali terakhir bertemu dalam saingan Sukan SEA 2021 di Vietnam, Malaysia tewas 0-3 kepada Indonesia dan tiada lagi aksi melibatkan dua negara tersebut selepas itu.

Baca Juga:

Sehubungan dengan itu, perlawanan yang bakal berlangsung di GOR Amongrogo, Yogyakarta tersebut bakal menggamit kehadiran ribuan penyokong selepas tiket dalam talian dan fizikal disahkan sudah pun habis dijual.

Bagi peminat futsal yang berada di Malaysia dan tidak berkesempatan ke Yogyakarta, jangan risau kerana anda boleh menyaksikan perlawanan menarik itu di laman Youtube penganjur pertandingan, Futsal Series.

Malaysia dan Indonesia kini dalam persiapan untuk menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2024 yang dijadualkan berlangsung di Terminal 21, Nakhon Ratchasima pada 2 hingga 11 November.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Luar Negara

15 terkorban serangan Israel di tiga kampung di Lubnan

Beirut: Kementerian Kesihatan Lubnan menyatakan serangan Israel ke atas tiga kampung di luar kubu tradisional Hizbullah mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang pada Sabtu, sementara media negara melaporkan beberapa serangan di tempat lain. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today13 October 2024