Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Info Siaran Langsung Piala Dunia 2026

today11 June 2026

Background
Undian Piala Dunia 2026


Kurang 12 jam lagi saingan bola sepak berprestij Piala Dunia 2026 akan membuka tirainya dengana aksi pembukaan menemukan tuan rumah, Mexico dan Afrika Selatan.

Meskipun penganjuran kali ini dipalit dengan pelbagai kontroversi terutamanya melibatkan Amerika Syarikat, aksi kesemua 48 pasukan di tengah padang pastinya menarik untuk disaksikan.

Format baharu dengan penambahan pasukan dan kumpulan itu bakal menyaksikan pengalaman baharu dalam saingan Piala Dunia.

Bagi peminat bola sepak di Malaysia, anda juga boleh menyaksikan kesemua 104 perlawanan secara percuma.

Berdasarkan jadual perlawanan yang dikeluarkan laman Facebook Radio Televisyen Malaysia (RTM), kesemua perlawanan tersebut boleh disaksikan di saluran TV Okey, Sukan +, TV2, TV1 dan strim di aplikasi RTMKLIK.

Mengikut sumber dipercayai, lebih daripada 90 perlawanan Piala Dunia 2026 dapat disaksikan secara langsung di saluran tersebut. Ada perlawanan yang bakal disiarkan secara siaran tertunda…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post