Site icon Kool FM

“Ingat Saya Ni Boros Sangat Ke? Saya Ada Duitlah, Mana Nak Cuci Duit Tu?”


Menerusi podcast Bukak Mulut yang dimuat naik di TikTok @affendyjailani, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah menjelaskan tentang cara beliau menguruskan perbelanjaan dan simpanan hasil dari kemenangan di program Mentor.

Menurut Black, ketika lagu-lagu hits miliknya semakin popular, beliau sering mendapat jemputan persembahan setiap Jumaat, Sabtu, dan Ahad selama beberapa tahun.

“Saya menang Mentor dapat RM100,000 dan sebuah kereta. Kereta saya bagi kepada ayah saya, dan RM100,000 itu saya simpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

“Saya nak beli kereta, tapi ayah saya kata jangan. Dia suruh saya beli rumah dahulu. Saya beli rumah dengan harga RM248,000 dan rumah itu saya bagi mak ayah saya tinggal,” katanya.

Penyanyi lagu popular Teman Pengganti itu turut mendedahkan bahawa selepas berkahwin, isterinya banyak membantu menguruskan kewangan dan simpanan mereka.

“Hujung 2012 saya berkahwin dan beli sebuah lagi rumah. Saya sebenarnya seorang yang boros,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version