Site icon Kool FM

‘Ingatkan Pegawai Tu Orang Malaysia’ – Cubaan Wanita Singapura Rasuah Polis Makan Diri

Wanita singapura cuba rasuah polis


Seorang wanita Singapura berusia 42 tahun, Wong Xiping (transliterasi), dijatuhkan hukuman penjara tiga minggu oleh Mahkamah Singapura selepas mengaku bersalah cuba rasuah seorang pegawai polis di Woodlands Checkpoint.

Kejadian yang berlaku pada 17 Julai lalu ini menjadi tular kerana melibatkan cubaan rasuah yang bukan hanya sekali, tetapi dua kali.

Menurut laporan AsiaOne, Wong yang kerap berulang-alik ke Johor Bahru memandu keretanya ke lorong bas dan lori di Woodlands Checkpoint.

Setelah diarahkan untuk membuat pusingan U ke lorong yang betul, dia cuba “selesaikan” isu tersebut dengan menawarkan RM50 kepada pegawai yang bertugas.

Namun, selepas pegawai itu menolak wang tersebut dan meminta pasportnya, Wong menambah jumlah sogokan dengan S$50 (kira-kira RM166.73).

Dia memberi alasan bahawa perlu segera ke hospital.

Tapi sekali lagi, pegawai itu menolak dengan tegas, memberi amaran tentang kesalahan tersebut, dan melaporkannya kepada pihak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version