Kuala Terengganu: Lima pemilik kedai di Terengganu dikompaun RM1,000 semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata, ia membabitkan tiga premis perniagaan di Kemaman, manakala dua di Kuala Terengganu.
“Ia membabitkan tiga premis menjual telefon serta masing-masing satu premis menjual karpet dan premis pemborong….