Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Ini 4 Amalan Rawatan Alternatif Untuk Legakan Sakit Tekak & Batuk, Mujarab!

today25 November 2022

Background


Memang pening kepala dibuatnya bila batuk dan sakit tekak menyerang. Pelbagai ubat sudah dimakan tetapi tetap juga tidak dapat melegakan. Jangan risau. Bukan semua sakit tekak memerlukan ubat apatah lagi antibiotik. Gunakanlah 4 rawatan alternatif yang telah terbukti berkesan seperti di bawah. Moga bermanfaat.

Baca juga: Pisang Mentah Rebus Sesuai Untuk Pesakit Diabetis & Boleh Kurus

INI 4 AMALAN RAWATAN ALTERNATIF LEGAKAN SAKIT TEKAK & BATUK

Ramai yang alami batuk dan sakit tekak selepas penat berkempen dan berhujah menganalisa situasi politik tanah air. Berikut merupakan antara alternatif boleh dicuba:

1 . MADU

Madu telah terbukti berkesan untuk melegakan sakit tekak dan batuk. Ambil 1 sudu kecil untuk 2X sehari. Bukan sahaja melegakan sakit, madu juga membantu untuk menyembuhkan luka di tekak.

2. AIR GARAM 

Air garam yang suam dapat melegakan gejala sakit tekak. Ia juga boleh membantu membunuh kuman dan mengurangkan radang tekak. Kumur setiap 4-6 jam. Hati hati…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Haidatina Aznam


Previous post