Duit Kewangan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sememangnya sangat penting buat para pencarum kerana bakal menjadi talian hayat di usia senja kelak.
Namun, dengan pengeluaran jumlah yang besar sekaligus telah membuatkan seseorang menjadi rambang mata. Mereka seperti terpukau lalu membelanjakan dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan masa hadapan.

Difahamkan antara faktor duit simpanan pencarum KWSP yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kehidupan selepas bersara habis dalam tempoh masa singkat adalah kerana menyelesaikan hutang dan membiayai kos perubatan.

Pakar Kewangan Pengguna, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, faktor lain ialah ubah suai rumah, menjadi ‘bank tanpa faedah’ untuk anak-anak dan membuat pelaburan yang tidak sah atau tidak bermanfaat.
“Kebanyakan masyarakat kita tidak mempunyai perlindungan takaful. Jadi apabila sudah mencapai usia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: