Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memberitahu penutupan dan lencongan jalan dilakukan secara berjadual mengikut keperluan pergerakan delegasi dan tahap keselamatan.
Beliau berkata langkah itu membabitkan kawalan laluan dan pergerakan konvoi delegasi dari hotel penginapan ke lokasi mesyuarat serta tempat lawatan rasmi bermula 23 hingga 28 Mei.
Difahamkan, penutupan dan lencongan jalan akan bermula seawal jam 7.30 pagi dan dijangka berterusan secara berperingkat hingga 8 malam sepanjang tempoh persidangan.
“Tindakan penutupan laluan akan dilaksanakan 30 minit sebelum waktu pergerakan delegasi dan dibuka semula selepas semua kenderaan rasmi tiba ke lokasi ditetapkan.
“Antara lokasi yang yang diguna dalam pergerakan ialah laluan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang ke pusat bandar, penginapan rasmi,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
