Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Ini Adalah Piala Dunia Yang Gagal”

today27 June 2026

Background
Iran


Mehdi Taremi mengkritik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan presidennya, Gianni Infantino susulan apa yang disifatkannya sebagai Piala Dunia yang ‘gagal’.

Kapten Iran itu turut menuduh pihak penganjur gagal menyelesaikan masalah logistik serta isu visa yang berlarutan sepanjang kejohanan.

Ketua jurulatih Iran, Amir Ghalenoei turut menggesa FIFA supaya lebih tegas terhadap tuan rumah kejohanan selepas mendakwa skuadnya menerima layanan yang tidak adil.

Masalah di luar padang yang dihadapi Iran membayangi keputusan seri yang diperoleh hasil kerja keras menentang Mesir apabila Taremi secara terbuka mengkritik FIFA berhubung layanan yang diterima pasukannya sepanjang kejohanan.

Skuad Iran terjejas akibat masalah visa yang menghalang 11 pegawai kanan pasukan daripada menyertai mereka. Pada masa sama, perjalanan berulang-alik antara kem latihan di Tijuana dan lokasi perlawanan di Amerika Syarikat turut menimbulkan cabaran logistik yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post