Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ini Alasan Cristiano Ronaldo Beli Pegangan Saham UD Almeria

today27 February 2026

Background
Cristiano Ronaldo


Cristiano Ronaldo telah menjadi pemilik bersama kelab divisyen kedua Sepanyol, UD Almeria selepas memperoleh pegangan saham sebanyak 25 peratus dalam kelab tersebut.

Penyerang Al-Nassr berusia 41 tahun itu membeli pegangan dalam Almeria, yang dimiliki oleh konsortium pelaburan Arab Saudi diketuai Mohammed Al-Khereiji, menerusi syarikat pelaburan baharunya, CR7 Sports Investments.

Walaupun butiran kewangan tidak didedahkan, Ronaldo dalam satu kenyataan berkata beliau tidak sabar untuk bekerjasama dengan barisan kepimpinan kelab bagi menyokong fasa seterusnya pertumbuhan kelab itu.

Ronaldo
Kredit Foto: PATRICIA DE MELO MOREIRA / AFP)

Impian Cristiano Ronaldo Tercapai

“Ia sudah lama menjadi cita-cita saya untuk menyumbang kepada bola sepak, bukan sekadar di atas padang.”

“UD Almeria adalah sebuah kelab Sepanyol yang mempunyai asas kukuh dan potensi jelas untuk berkembang,” ujar Ronaldo mendedahkan sebab beliau memilih kelab tersebut menurut sumber

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post