Hujung minggu ini merupakan hari-hari terakhir untuk anda ke persembahan Light & Arts di Muzium Telekom, Kuala Lumpur untuk pameran khas Immersio: Inspirasi Generasi!
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Primeworks Studios (PWS), Nini Yusof berkata, TV3 mengangkat idea dan konsep segar melalui pameran seni digital berunsur teknologi terkini pada Immersio: Inspirasi Generasi By TV3.

“Saya fikir ini kali pertama kami membiarkan tenaga kerja dari Generasi Z dan Milenial dalam Media Prima Berhad (MPB) tentukan apa yang mahu dibuat dalam menyambut ulang tahun ke-40 stesen televisyen (TV) ini.
“Jadi, mereka merancang kelainan dengan mengadakan pameran digital yang sangat popular sekarang di luar Sri Pentas. Paling menarik ditonjolkan adalah membabitkan seni digital. Saya sudah melawat enam bilik yang direka tujuh artis. Saya lihat setiap bilik ada kelainan dan keistimewaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
