Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Ini Baru Betul’ – Netizen Puji Wawa Zainal Pilih Isteri Pertama Aslam Sebagai Duta Tudung

today26 February 2024

Background


Kecoh baru-baru ini apabila anak Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Diana dilaporkan telah menjadi isteri kedua kepada Aslam menerusi pernikahan yang dilangsungkan di Songkla, Thailand.

Isu tersebut nyata membuka mata ramai termasuk isteri pertama Aslam, Misya Mazlan yang sebelum ini mendakwa suaminya curang. Isu ini dihangatkan lagi apabila Marissa Diana turut dipilih sebagai model bagi salah satu jenama tempatan.

Terbaharu, Wawa Zainal dilihat tampil berbeza daripada kebiasaan apabila melantik Misya Mazlan sebagai salah seorang model bagi koleksi tudung terbarunya.

Mempunyai sifat yang lemah lembut, pemilihan Misya Mazlan sebagai model tudung ini telah mendapat pujian daripada rata-rata netizen. Malah, terdapat netizen yang berpendapat Misya lebih cantik berbanding isteri kedua Aslam.

Tidak kurang juga yang berpendapat Misya sememangnya layak untuk menjadi model tudung berikutan rupa parasnya yang cantik dan sopan.

Written by: Hairi Ariff


Previous post

Sukan

Liek Hou masih belum berpuas hati

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan para badminton nombor satu dunia, Cheah Liek Hou masih belum berpuas hati dengan prestasinya di Kejohanan Badminton Para di Pattaya, Thailand minggu lalu.

today26 February 2024