Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pelancaran Perodua Alza 2022 pada minggu lalu masih menjadi bualan warganet sehinggalah ke hari ini. Rata-rata ramai memberikan maklum balas positif mengenai MPV yang dilengkapi dengan rekaan serta teknologi baharu untuk segmen model kereta Perodua itu.
Dalam kenyataan rasmi sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad menyatakan model itu sudah mula dihantarkan kepada beberapa pelanggan pada tarikh sama pelancaran itu dibuat.
Ternyata kenyataan itu benar apabila tunjang utama portal Pandulaju.com.my yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Abang Gan’ telah menjadi pemilik pertama Perodua Alza 2022 (untuk kategori individu) di Malaysia.
Berita baik itu dikongsikan menerusi laman Facebook Perodua TriumpPoint Msdnbhd yang mengucapkan tahniah serta berterima kasih kepada Abang Gan serta PanduLaju kerana memberikan kepercayaan untuk membuat tempahan dan pembelian…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
