Site icon Kool FM

‘Ini Bukan Sekumpulan Orang Gila, Tapi Orang Genius’

[VIDEO] Jawab Soalan Matematik Sepantas Kilat & Betul, ‘Sekumpulan Orang Gila’ Bikin Netizen Terpegun


Di TikTok, tular satu video memaparkan ahli kumpulan ‘Sekumpulan Orang Gila’ (S.O.G) iaitu Raja Nazrin Shah dan Raja Nazmin Shah yang mempamerkan kebolehan mereka menjawab soalan Matematik dengan pantas.

Artikel Berkaitan: ‘Pelukan Angkasa’ SOG X Shila Amzah Dinobat Sebagai Juara, Ini Keputusan Penuh Pemenang AJL36

Pantas dan betul

Menerusi video dikongsikan @tekatrivia, kedua-dua mereka dilihat bukan sahaja mampu menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan pantas, malah menjawabnya tanpa sebarang kesalahan.

Antara soalan yang berjaya dijawab mereka adalah seperti soalan kira-kira tambah dan darab, teka-teki nombor perdana serta soalan ‘Kemahiran Berfikir Aras Tinggi’ (KBAT).

Perkongsian tersebut kemudiannya menyorot perhatian netizen yang rata-ratanya terpukau dengan kepantasan Nazrin dan Nazmin ketika menjawab soalan.

Komen netizen

Sumber: TikTok



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version