Dalam tempoh hanya 30 saat, sindiket curi kereta mewah mampu membawa lari kenderaan walaupun dilengkapi dengan sistem penggera dan immobiliser, kata Ketua Polis Johor, M. Kumar.
Sindiket ini, yang digambarkan sebagai mahir dalam teknologi, mensasarkan kenderaan mewah dan kenderaan pacuan empat roda untuk dijual di pasaran gelap di negara jiran, lapor Malay Mail.
Menurut Kumar, sindiket ini beroperasi dalam kumpulan dua orang sahaja dan menggunakan programmer elektronik untuk mengakses dan menghidupkan kenderaan moden tanpa kunci.
Mereka juga menggunakan alat pemutus isyarat (jammer) untuk melumpuhkan sistem GPS dan penggera kenderaan dalam masa 30 saat sebelum melarikan kenderaan tersebut.
“Sindiket ini aktif sejak lima hingga enam bulan yang lalu,” kata Kumar dalam satu sidang media mengenai operasi negeri yang menyasarkan sindiket curi kenderaan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.
Kumar turut mengumumkan bahawa polis telah menahan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: