Bekas pemain bintang Al-Hilal, Neymar dilaporkan menerima gaji yang jauh lebih rendah selepas meninggalkan kelab Arab Saudi itu dan kembali beraksi bersama Santos.
Al-Hilal telah menamatkan kontrak Neymar selepas dia hanya membuat tiga penampilan dalam saingan Liga Pro. Pemain itu baru sahaja pulih dari kecederaan ACL.
Baca Juga:
Kontrak Mewah Neymar Ketika Menyertai Al-Hilal
Pemain berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak selama dua tahun bernilai £260 juta apabila dia tiba di Arab Saudi 18 bulan lalu. Neymar memperoleh £2.5 juta seminggu selepas menjadi salah satu bintang paling berprofil tinggi untuk meninggalkan Eropah demi meraih kekayaan di Timur Tengah.
Dia mengaut £193.8 juta, satu jumlah yang dianggap luar biasa semasa beraksi di negara Timur Tengah itu.
Selepas ditamatkan kontrak bersama Al-Hilal, bekas pemain Barcelona itu akan kembali ke pangkuan Santos, kelab yang membesarkan namanya ketika awal karier dalam bola sepak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: