Site icon Kool FM

‘Ini Idea Genius’ – Warga Barat Baru ‘Temui’ Resepi Nasi Goreng Telur, Netizen Asia Tenggara Terhibur


Ada masanya kita buntu nak makan apa, kan? Nasi goreng datang menyelamatkan keadaan! Hidangan ringkas yang mana kita hanya perlu mencampak nasi bersama telur dan beberapa bahan lain sudah cukup menjadikan ia sesuatu yang melazatkan.

Rupanya negara di benua Barat baru menemui resepi tersebut dan berkongsi dengan pengguna internet lain seumpama satu penemuan baru.

Dengan ciapan “semua orang akan mengoreng nasi bersama telur selepes melihat ini”.

Agak mengejutkan lagi apabila mereka mengganggap ia sebagai idea genius kerana boleh menikmati nasi goreng dengan sebegitu rupa dan tidak diketahui selama ini.

Di dalam video itu, kelihatan seseorang sedang menyediakan nasi putih yang lalu digoreng bersama telur di dalam minyak yang mendidih.

Setelah digaul sehingga mesra dengan ramuan dan sos lalu dihidangkan di atas pinggan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version