Kool FM

Ini Jangkaan Produk Apple Yang Bakal Diperkenalkan Pada 10 September Ini


Apple dijadualkan bakal mengadakan acara tahunan yang diberi nama ‘Awe Dropping’ pada 10 September jam 1 pagi dalam memperkenalkan sejumlah produk baharu seperti siri iPhone 17.

Pasti ramai peminat tempatan yang mahu mengetahui sebarang kemas kini yang dikongsikan oleh penganalisis Apple tersohor yang dipercayai mempunyai sumber tersendiri dalam mengetahui produk yang dilancarkan pada Rabu ini.

Pengenalan versi Air untuk barisan siri iPhone 17

Ini Jangkaan Produk Apple Yang Bakal Diperkenalkan Pada 10 September Ini
Sumber Gambar: Notebookcheck

Penganalisis Apple, Ming-Chi Kuo, dan beberapa sumber lain telah melaporkan bahawa Apple dijangka akan menghentikan barisan iPhone Plus untuk siri iPhone 17. Langkah ini dipercayai disebabkan oleh jualan model Plus yang kurang memberangsangkan.

Sebaliknya, Apple dirumorkan akan memperkenalkan model baharu yang dikenali sebagai iPhone 17 Air. Model ini dijangka akan menampilkan reka bentuk yang lebih nipis dan akan diletakkan di antara model iPhone 17 standard dan model iPhone…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version