Badan induk bola sepak Asia, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengeluarkan senarai pasukan yang bakal beraksi dalam saingan AFC Champions League 2 bagi musim 2024/25 dan jumlah hadiah wang tunai yang bakal diperoleh kelab bertanding.
12 kelab dari zon Barat dan 15 dari Timur terus layak ke peringkat kumpulan, bersama dengan tiga pasukan (dua Barat, satu Timur) yang akan tersingkir daripada aksi play-off kelayakan ke peringkat kumpulan saingan AFC Champions League Elite.
Baca Juga:

Empat pasukan akan menjalani aksi play-off kelayakan antara 31 Julai dan 14 Ogos untuk mengisi baki dua tempat peringkat kumpulan.
Bagi zon Barat, East Bengal FC dari India akan menentang Altyn Asyr FC dari Turkmenistan, manakala Al Ahli dari Bahrain menentang Kuwait SC.
Kedua-dua pemenang akan melengkapkan barisan 32 pasukan untuk kempen 2024/25, di mana mereka dibahagikan kepada lapan kumpulan untuk bertanding dalam format…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: