
Dunia politik dan hiburan tanah air sekali lagi menarik perhatian ramai apabila timbul isu tindakan undang-undang antara bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, dengan penyanyi rap serta pempengaruh media sosial, Caprice.
Rafizi mengesahkan bahawa beliau telah memfailkan saman terhadap Caprice berhubung dakwaan menerima rasuah dalam satu projek swasta.
Tindakan Mahkamah Sudah Bermula
Menurut Rafizi, langkah undang-undang tersebut sebenarnya telah pun diambil lebih awal dan bukannya baru sahaja dibuat. Pada masa ini, kes berkenaan masih berada dalam prosiding mahkamah.
Beliau menjelaskan bahawa sekitar Februari lalu, Caprice telah menyebarkan tuduhan yang mendakwa beliau terlibat dalam kes rasuah berkaitan projek swasta.
Projek tersebut menurut Rafizi langsung tidak mempunyai kaitan dengan dirinya mahupun kementerian yang pernah diterajuinya.
Rafizi turut mengimbas kembali detik sewaktu Caprice mengadakan sidang media untuk mengumumkan saman…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
