
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Yang Berhormat (YB) Sandrea Ng Shy Ching mendedahkan Stadium Perak dijangka akan dapat digunakan sepenuhnya pada September nanti.
Sejak diumumkan bakal menikmati padang baharu pada 12 Oktober 2024, status projek kerja naik taraf di stadium tersebut menjadi persoalan, terutamanya dalam kalangan peminat bola sepak Perak.
Hal ini kerana pasukan Perak yang kini sedang mengharungi saingan Liga A1 Semi Pro 2025/26 beraksi di Kompleks Bola Sepak Chepor.
Manakala Perak terpaksa menjadikan Stadium Majlis Perbandaran Manjung sebagai gelanggang tuan rumah untuk saingan Piala Malaysia dan Piala Cabaran.
Pada peringkat awal, projek Stadium Perak itu dirancang untuk disiapkan lebih awal. Namun begitu, beberapa kekangan seperti faktor cuaca selain penyesuaian semula skop kerja memaksa jadual asal dirombak.
Situasi itu menyebabkan kemajuan fizikal semasa dianggarkan sekitar 10 peratus lewat berbanding perancangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
