
Undian pusingan akhir Piala Asia 2027 menyaksikan juara dua edisi berturut-turut, Qatar telah diundi bersama-sama Jepun yang merupakan juara terbanyak dalam sejarah penganjuran kejohanan ini dalam kumpulan F.
Jepun menjuarai saingan Piala Asia sebanyak empat kali iaitu pada edisi 1992, 2000, 2004 dan 2011 manakala Qatar pula muncul juara pada 2019 dan 2023.
Lebih menarik untuk diperkatakan, dua lagi slot dalam kumpulan tersebut membariskan wakil Asia Tenggara (ASEAN) iaitu Thailand dan Indonesia.
Juara tiga kali, Arab Saudi selaku tuan rumah berada dalam kumpulan A bersama-sama Kuwait (juara 1980), Oman dan Palestin.
Kumpulan B pula bakal menyaksikan pertembungan antara Uzbekistan dengan Bahrain, DPR Korea dan finalis edisi lalu, Jordan.
Iran yang juga merupakan juara tiga kali kejohanan telah diundi dalam kumpulan C bersama-sama Syria, Republik Krygyz dan China.
Australia (2015) dan Iraq (2007) yang masing-masing pernah muncul juara berada satu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: