Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ini Nasihat Ejen Buat Lamine Yamal Untuk Jadi Hebat Seperti Cristiano Ronaldo Dan Lionel Messi

today31 December 2024

Background
Lamine Yamal


Ejen kepada Lamine Yamal iaitu Jorge Mendes menasihati pemain muda tersebut untuk menjadi pemain bola hebat pada masa akan datang seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Kedua-dua legenda hidup yang masih aktif beraksi itu membuktikan kemampuan hebat dimiliki mereka untuk ‘menakluk’ bola sepak dunia pada era moden ini.

Baca Juga:

Menurut Mendes, Ronaldo dan Messi merupakan teladan yang cukup baik buat pemain muda untuk dijadikan sumber aspirasi buat mereka.

Terlalu banyak kejayaan diraih mereka bersandarkan kepada disiplin dan sifat profesional tinggi kedua-dua pemenang Ballon d’Or tersebut.

“Saya rasa Cristiano adalah contoh yang baik untuk Lamine dan semua pemain muda atas segala yang telah dicapainya, tahap yang hampir tidak dicapai oleh sesiapa pun,” ujar Mendes menurut sumber laporan Goal.

“Hari ini dia mempunyai hampir 1,100 gol, dia telah mencapai sesuatu yang tiada siapa capai, gol adalah objektif utama bagi setiap…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post