Kool FM

Ini Penambahbaikan Oleh PKNPk Bagi Meriahkan Bulatan Sultan Azlan Shah Sempena Ramadan 2025


Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS) bertempat di Meru memeriahkan tradisi sambutan Ramadan al-Kareem kali ini melalui penganjuran Bazar Ramadan yang menyajikan kepelbagaian citarasa makanan tradisi dan viral di bandaraya Ipoh.

Penganjuran tahun ketiga sejak tahun 2023 telah memperlihatkan penambahan lot perniagaan daripada 100 lot kepada 121 lot pada tahun ini.

Terkenal dengan jolokan Bazar Ramadan Terpanjang di Perak, ia dijangkakan akan menerima pengunjung seramai 120,000 orang berbanding 70,000 pada tahun 2024.

Menurut Datuk Redza Rafiq bin Abdul Razak, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan  Negeri Perak (PKNPk), “Bazar Ramadan @ BSAS menawarkan platform penting bagi  para usahawan kecil dan sederhana (PKS) menjana pendapatan, khususnya  sepanjang bulan Ramadan.”

“Keputusan untuk meningkatkan bilangan lot di bazar  mencerminkan komitmen PKNPk dalam menyokong pertumbuhan PKS yang  merupakan tulang belakang ekonomi tempatan.”

Bulatan Sultan Azlan Shah
Bazaar…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version