Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Ini Perkara Serius’ – Pakar Akademik Bimbang Trend Kanak-Kanak Kuasai Bahasa Inggeris Dahulu, Baru Bahasa Malaysia

today26 September 2025

Background
'Ini Perkara Serius' – Pakar Akademik Bimbang Trend Kanak-Kanak Kuasai Bahasa Inggeris Dahulu, Baru Bahasa Malaysia


Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Azizah Zain menyatakan trend kanak-kanak sekolah rendah di bandar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan utama perlu diberi perhatian serius.

Menurutnya, meskipun penguasaan bahasa Inggeris penting, namun kedudukan bahasa Melayu tidak boleh diketepikan sama sekali, petik perkongsiannya di Harian Metro.

Baca Juga:

“Sebagai pendidik, saya berpendapat fenomena ini perlu dipandang dengan berhati-hati. Memang betul bahasa Inggeris penting, tetapi apabila ia menjadi bahasa utama dalam komunikasi harian, kita perlu bertanya, adakah ini menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

“Bahasa Melayu bukan sekadar alat komunikasi, ia adalah wadah jati diri bangsa kita kerana kanak-kanak yang lebih selesa berbahasa Inggeris mungkin kehilangan nuansa budaya dan nilai-nilai yang terkandung dalam bahasa Melayu,” katanya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post