Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi sudah memulakan tugasannya bersama kem badminton negara bermula 1 Februari lalu.
Pengalaman luasnya terutama dalam melahirkan ramai bintang terbaik dunia dari Indonesia diharapkan dapat diterjemahkan ke kem badminton negara.
Baca Juga:
Mengikat kontrak selama empat tahun, gelaran juara All England dan Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles menjadi antara sasaran utama buat Herry Iman dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Tambahan pula dua bekas anak didiknya iaitu Tony Gunawan-Candra Wijaya dan Hendra Setiawan-Mendiang Markis Kido merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2000 dan 2008.
Sehubungan dengan itu, Herry Iman yang kini berusia 62 tahun menggariskan beberapa elemen diperlukan untuk melihat pemain beregu negara mengecapi kejayaan seperti bekas anak-anak didiknya.
“Disiplin adalah nombor satu, [ia] merangkumi semua aspek. Pemain kena kerja keras dan sentiasa bermotivasi tinggi dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: