Kempen Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2025 bagi Divisyen 1 kini mempunyai tujuh pasukan yang pasti beraksi dalam saingan tersebut iaitu terdiri daripada Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Pahang Rangers, Sabah, Kedah, Malaysia University dan KL City.
Manakala, status TOT United masih menjadi tanda-tanya ekoran masalah tunggakan gaji melibatkan pasukan tersebut pada musim lalu dikatakan memberikan sedikit masalah buat mereka untuk turut serta dalam kancah futsal paling berprestij tanah air itu.
Baca Juga:
Sekiranya TOT United berjaya memenuhi segala ketetapan diberikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ia sekali gus menyaksikan lapan pasukan akan berentap bagi memburu kejuaraan.
Jumlah yang sama dapat disaksikan seperti edisi tahun lalu walaupun dua pasukan iaitu Terengganu dan Shah Alam City memilih untuk menarik diri.
Saban tahun akan dapat disaksikan satu demi satu pasukan menarik diri daripada persaingan ekoran bebanan kewangan besar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
