
Saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2026 akan sekali lagi berwajah baharu dengan pengenalan format berbeza berbanding penganjuran sebelum ini.
Hal ini kerana tiada lagi saingan ‘Home Away’ dapat disaksikan apabila pasukan bertanding akan beraksi secara karnival (berpusat) dengan keseluruhan sembilan sirkit.
Daripada sembilan sirkit tersebut, Shah Alam akan menjadi tuan rumah bagi empat sirkit, Pasir Gudang dengan tiga sirkit manakala Kuantan menganjurkan dua sirkit.

Saingan musim ini menyaksikan sembilan pasukan mengambil bahagian dimana Sabah terpaksa menarik diri daripada persaingan.
Juara liga dua musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal kembali dengan misi untuk mengekalkan kejuaraan tetapi Selangor pasti tidak mahu membiarkan ia menjadi kenyataan.
Skuad kendalian Edgar Eder Baldsso itu bakal diperkuatkan dengan pemain skuad kebangsaan Brazil, Marlon Oliveira Araujo yang memenangi Piala Dunia Futsal…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: