
Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket telah mempertingkatkan saringan kesihatan bagi penumpang yang tiba dari India, susulan wabak virus Nipah di West Bengal yang kini berada di bawah pengawasan aktif pihak berkuasa kesihatan Thailand.
Walaupun Thailand belum melaporkan sebarang kes Nipah, Jabatan Kawalan Penyakit sedang menguatkuasakan pengawasan ketat di lapangan terbang antarabangsa, petik portal Thaiger.
Baca Juga:
Penumpang yang tiba dari kawasan terjejas sedang disaring bagi mencegah potensi penularan.
Menurut Jabatan Perhubungan Awam Kerajaan, lapangan terbang Suvarnabhumi dan Don Mueang juga telah melancarkan protokol saringan yang serupa, dengan kerjasama daripada pegawai kesihatan, imigresen, dan pihak pengurusan lapangan terbang.
Langkah-Langkah di Lapangan Terbang Utama:
Lapangan Terbang Suvarnabhumi: Pengarah Kittipong Kittikhajorn menyatakan bahawa persediaan sedang dijalankan untuk memasang pusat pemeriksaan saringan dan memulakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: