Site icon Kool FM

Ini Punca Niklas Sule Umum Persaraan Pada Usia 30 Tahun

Niklas Sule


Pertahanan kental Borussia Dortmund, Niklas Sule mendedahkan  beliau akan bersara daripada kancah bola sepak profesional sebaik sahaja berakhirnya musim 2025/26.

Perkembangan terkini itu disahkan sumber laporan Goal selepas Sule melihat sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri daripada dunia bola sepak walaupun pada usia 30 tahun.

Keputusan itu dibuat Sule kerana tidak mahu dirinya mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) buat kali ketiga dalam kariernya.

Sule pernah menjulang UEFA Champions League sebagai sebahagian daripada kejayaan treble bersejarah bersama Bayern Munich pada musim 2019/20.

Fasa akhir kariernya adalah  bersama Borussia Dortmund selepas menyertai kelab itu pada tahun 2022.

Niklas Sule Enggan ‘Sengsara’ Lagi

“Saya ingin mengumumkan bahawa saya akan menamatkan kerjaya saya pada musim panas ini.”

“Apabila doktor pasukan kami melakukan drawer test [ujian untuk mengesan kemungkinan koyakan ACL] di bilik…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version