Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ini Ranking Dunia Terkini Pemain Badminton Malaysia (Minggu Ke-16, 14 April 2026)

today14 April 2026

Background
Ranking Dunia


Beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting semakin menghampiri kedudukan 20 terbaik dalam senarai ranking dunia terbaharu dikeluarkan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) bagi minggu ke-16.

Xin Yee dan Carmen naik tiga anak tangga dalam ranking dunia mereka untuk menghuni kedudukan ke-22.

Ranking Dunia
Ong Xin Yee-Carmen Ting. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Pasangan muda, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah pula berada dalam senarai 10 terbaik bagi beregu wanita negara selepas mencatatkan peningkatan cukup hebat dengan lonjakan 73 anak tangga susulan kejayaan mara ke undian utama Kejuaraan Badminton Asia 2026 minggu lalu.

Manakala, K. Letshanaa yang juga merupakan pemain perseorangan utama negara melonjak tiga anak tangga untuk berada di ranking ke-34.

Sektor beregu wanita menyaksikan tujuh wakil negara dalam senarai 10 terbaik berjaya meningkatkan ranking dunia mereka, sementara itu perseorangan lelaki menunjukkan peningkatan buat enam pemain.

Berikut merupakan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post