Ranking dunia terkini yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi minggu ke-19 menyaksikan Pearly Tan-M. Thinaah berada pada kedudukan terbaik sepanjang karier mereka.
Hal ini kerana pasangan beregu wanita utama negara itu telah melonjak satu anak tangga untuk berada di ranking keempat dunia.
Baca Juga:
Beregu wanita turut menjadi sektor terbaik buat kem negara apabila tujuh daripada senarai 10 wakil terbaik Malaysia berjaya meningkatkan kedudukan ranking dunia mereka.
Pasangan muda, Ong Xin Yee-Carmen Ting naik empat anak tangga untuk berada di kedudukan ke-60.

Manakala dua pemain perseorangan negara yang beraksi dalam saingan Piala Sudirman tempoh hari iaitu Leong Jun Hao dan Justin mencatatkan peningkatan.
Penurunan ranking bagaimanapun dialami Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang jatuh satu anak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: