
Kemaraan ke separuh akhir Terbuka Macau 2026 pada minggu lalu membolehkan pemain perseorangan muda negara, Eogene Ewe melonjak 11 anak tangga dalam kemas kini terbaharu ranking dunia dikeluarkan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) bagi minggu ke-26.
Perkembangan positif yang meletakkan pemain berusia 21 tahun itu pada ketika ini di tangga ke-69 dunia, hanya ketinggalan empat anak tangga dibelakang Lee Zii Jia.
Seorang lagi pemain perseorangan lelaki, Huan Kai Hern yang mara ke pusingan 16 kejohanan sama pula melonjak 14 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-133.
Peningkatan mendadak dalam ranking dunia turut dirasai pasangan beregu campuran yang turut separuh akhir Terbuka Macau iaitu Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing yang naik 34 anak tangga.
Manakala ranking dunia Low Han Chen-Chan Wen Tse pula mencatatkan peningkatan 23 anak tangga.
Berikut merupakan senarai 10 pemain terbaik negara dalam kemas kini baharu ranking dunia BWF pada minggu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
