Ranking dunia terbaharu dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan banyak peningkatan dipamerkan pemain negara terutamanya melibatkan mereka yang beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 tempoh hari.
Pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie berada di kedudukan terbaik dalam karier mereka apabila naik satu anak tangga untuk berada di tangga ketiga.
Baca Juga:
Keadaan yang menyaksikan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terpaksa turun di kedudukan ketiga dalam senarai beregu campuran terbaik dunia.
Sektor beregu campuran terus menunjukkan peningkatan selepas gandingan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin turut naik satu anak tangga untuk berada di ranking ke-14.
Turut semakin menaiki ranking terbaik dunia ialah Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang kini menghuni kedudukan ke-11.
Bagi perseorangan lelaki, Leong Jun Hao naik satu anak tangga untuk berada di tempat ke-27 manakala Justin Hoh pula di kedudukan ke-51.
Sektor…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: