
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia semakin meningkatkan kedudukannya dalam ranking dunia berdasarkan kemas kini terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) bagi minggu kelima.
Daripada kedudukan ke-103 pada minggu lalu, anak kelahiran Alor Setar itu naik 24 anak tangga untuk kini menghuni ranking dunia ke-79.
Peningkatan juga dicatatkan K. Letshanaa yang mara ke separuh akhir Indonesia Masters minggu lalu selepas beliau naik empat anak tangga untuk berada di kedudukan ranking dunia ke-38.
Berikut merupakan senarai 10 pemain terbaik negara dalam kemas kini baharu ranking dunia BWF pada minggu kelima:
Ranking Dunia BWF Minggu Kelima, 27 Januari 2026
Perseorangan Lelaki
1) Leong Jun Hao – 29 (+1)
2) Justin Hoh – 38 (-1)
3) Aidil Sholeh Ali Sadikin – 45 (-2)
4) Kok Jing Hong – 68 (-1)
5) Lee Zii Jia – 79 (+24)
6) Eogene Ewe – 86 (-1)
7) Cheam June Wei – 100
8) Lim Ming Hong – 110 (+1)
9) Ong Zhen…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: