Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ini Respons Pelancong China Sebab Suka Bergambar Di Maybank Kota Kinabalu

today13 August 2024

Background


Minggu lalu, sebuah Maybank di Kota Kinabalu telah menjadi bualan hangat di seluruh Malaysia gara-gara menjadi spot tarikan bergambar oleh pelancong khususnya daripada China.

Setelah ramai mempersoalkan mengapa bangunan itu menjadi tumpuan, seorang TikToker langsung pergi menemu bual pelancong-pelancong China yang berada di lokasi berkenaan baru-baru ini.

Salah seorang pelancong yang ditemu ramah mendedahkan sebab mereka tertarik bergambar di  bangunan itu adalah kerana warna barner yang ditonjolkan sangat menyerlah dan menjadikan mood masing-masing menjadi gembira.

Sumber Gambar: TikTok

“Warnanya sangat menyerlah dan saya fikir ia menjadikan kami tenang, sekaligus membuatkan mood kami sangat gembira,” kata wanita tersebut.

Sementara beberapa wanita lain turut mendedahkan yang lokasi ini telah meraih populariti di media sosial mereka yang dikenali sebagai Xiangshou atau RED dan merasa tertarik dengan keunikan yang terdapat padanya.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar