
Argentina dilaporkan telah mengemukakan permohonan khas kepada FIFA untuk memakai jersi kedua berwarna biru ketika menentang England dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2026. Keputusan mengenai permohonan itu dijangka diumumkan sehari sebelum perlawanan berlangsung.
Permintaan tersebut bukan dibuat secara kebetulan. Menurut wartawan Argentina, Gastón Edul, ia mempunyai nilai simbolik dan sejarah yang cukup besar buat skuad La Albiceleste.
Jersi biru mengingatkan penyokong Argentina kepada suku akhir Piala Dunia 1986 di Mexico, apabila Diego Maradona memakai jersi tersebut ketika menewaskan England 2-1. Perlawanan itu menjadi antara yang paling ikonik dalam sejarah bola sepak selepas Maradona menjaringkan dua gol yang dikenang sehingga hari ini – “Hand of God” dan “Goal of the Century”.
🚨 𝗡𝗘𝗪: Argentina officially REQUESTED to play with their away shirt vs. England.
They played wearing their away shirt in the 1986 World Cup,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
