Kool FM

Ini Sebab Herry Iman Pilih Malaysia Berbanding China


Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi mengakui mendapat tawaran daripada skuad kebangsaan China, India dan Thailand selepas beliau meninggalkan kem Indonesia.

Beliau yang bakal memulakan tugasannya hari ini sebaliknya lebih tertarik untuk membimbing sektor beregu lelaki skuad badminton Malaysia.

Baca Juga:

Khidmat serta kepakaran Herry Iman ditagih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas jodohnya bersama Indonesia selama 30 tahun berakhir.

Herry Iman BAM
Kredit Foto: Instagram Herry IP

Alasan Herry Iman Pilih Malaysia

Menurut sumber Harian Metro, sebab utama pengendali berusia 62 tahun itu memilih Malaysia berbanding tiga negara tersebut kerana faktor lokasi lebih hampir dengan Indonesia.

Faktor budaya serta makanan yang tidak terlalu berbeza antara Malaysia dan Indonesia juga memainkan peranan penting buat Herry Iman dalam membuat keputusan penting itu.

Selain itu, beliau juga melihat Malaysia mempunyai ramai pemain yang berkualiti dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version