Kapten legenda Chelsea, John Terry memilih Liverpool sebagai calon juara EPL musim ini.
Terry menyatakan, sebagai peminat Chelsea, dia mahu lebih realistik tentang Chelsea. Kerana menurutnya, Chelsea masih dalam fasa pembikinan.
Terry menegaskan bola sepak kadangkala tentang motivasi dan mentaliti. Dia yakin Liverpool akan cuba melakukan yang terbaik untuk mengenang Diogo Jota yang membantu mereka menjuarai EPL musim lalu.
Terry berkata: “Tahun ini Liverpool adalah pasukan pilihan untuk menjuarai EPL, Mereka juga ada motivasi yang sangat tinggi selepas apa yang berlaku, melibatkan pemergian yang menyedihkan Diogo Jota.
“Perkara ini akan menjadi motivasi dalam mentaliti mereka.
“Mereka adalah pasukan terkuat pada pandangan saya. Man City masih lagi ada kerapuhan di bahagian tertentu.
“Tentang cabaran Chelsea, itu saya kurang pasti. Kerana kekurangan pengalaman pemain pemain muda mereka untuk mencabar kejuaraan,” kata Terry.
Skuad Arne…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
