Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam kenyataannya, berpendapat tindakan menjarakkan kubur suspek berbanding liang lahad lain sebagai satu peringatan kepada masyarakat supaya tidak terbabit atau melakukan perkara yang dilakukan suspek.
Malah, jenazah suspek juga tidak dibenarkan untuk dibawa ke mana-mana masjid atau surau untuk urusan berkaitan.
Jenazah juga hendaklah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.
“Fatwa ke atas jenazah suspek ini sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek apatah lagi membunuh anggota yang menjaga keselamatan negara yang tidak melakukan salah dan silap terhadap suspek.
“Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dan simpati ke atas suspek di atas apa yang telah dilakukannya,” tulis dalam kenyataan berkenaan.
Dalam kejadian serangan pada 2.54 pagi Jumaat lalu itu, dua anggota polis masing-masing berusia 22 dan 24 tahun serta suspek, 21, maut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
